Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Selamat Datang

ke laman blog Wazakhat Enterprise...

Jumaat, 1 Januari 2010

Pengenalan Seni Khat

"Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Seni Khat Islam yang mempunyai nilai budaya dalam dunia Islam merupakan satu bentuk kesenian Islam yang utama yang menggambarkan luahan dan kreativiti masyarakatnya.Ia juga merupakan lambang integrasi di antara kesenian dan ilmuan Islam. Seni Khat Islam tidak harus dilihat dari sudut kesenian semata-mata, malah ianya meliputi aspek moral dan kerohanian.
Seni Khat Islam amat penting kerana ia menjadi asas dan panduan dalam memahami dan menghayati kepelbagaian jenis kesenian Islam. Pengaruh Seni Khat ini dapat dilihat di dalam pelbagai kategori kesenian Islam seperti senibina, mural, kaca, seramik, tekstil,kayu dan sebagainya. Oleh yang demikian, Seni Khat mendapat tempat utama dalam kesenian Islam. Dengan berbekalkan semangat dan kemahiran yang ada di samping usaha untuk memartabatkan seni khat, saya ingin melihat martabat Seni Khat Islam dan kesenian Islam diangkat setaraf dengan kesenian lain.

VISI DAN MISI
1. Mempromosikan kesenian Islam dan Memanisfestasikan keunggulan seni khat islam di
kalangan masyarakat Malaysia dan antarabangsa.2. Mempelbagaikan seni khat islam di dalam produk-produk dihasilkan.
3. Menarik minat para remaja dan golongan muda ke arah memartabatkan kesenian dan
Keagungan Islam supaya ianya tidak dipinggirkan serta tidak lupus di telan zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan